Sunday, October 18, 2009

Jalan-jalan di Stesen Keretapi


Pada pagi yang hening, kira-kira jam 10.30 pagi, seorang jejaka dari Kampung Segambut Dalam telah tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Dia membeli tiket platform lalu mundar-mandir ke hulu dan ke hilir. Kemudian kelihatan station master maju ke arahnya, lalu beliau bertanya, “Tuan Station Master, keretapi ke Pulau Pinang akan berlepas pada jam berapa?” Station Master pun menjawab, “jam 11.30 pagi”, jawabnya. Si jejaka mundar-mandir lagi di platform berkenaan, dan bertanya lagi kepada Station Master, “keretapi ke Johor Bahru berlepas pada jam berapa?” “Jam 2.30 petang,” jawab Station Master. “Awak ni sebenarnya hendak ke mana?” tambahnya lagi. “Saya bukan hendak ke mana, Cuma hendak melintas trek keretapi ini sahaja,” jawabnya dengan selamba.



No comments:

Post a Comment