Thursday, November 19, 2009
Masjid Al-Ghufran
Masjid Al-Ghufran diberi nama
Pelbagai kemudahan ada tersedia
AlQuran dan Yasin, buku agama
Sejadah dihampar untuk semua
Duduk berzikir imam ketuanya
Bila bersolat lurus barisnya
Dibelakang masjid, cafe tersedia
Cafe Al-Ghufran diberi nama
Bersama rakan kami bermesyuarat
Semoga rancangan mendapat berkat
Minuman teh tarik yang tidak kelat
Cucurnya juga tak kurang lazat
Lampu dibungkus sarungnya bulat
Hiasan di atap sungguh memikat
Masjid dirasmi oleh Yang Berhormat
Yang Mulia Raja nama tersemat
Bunganya cantik tersusun rapi
Bendera berkibar indah terperi
Kerusi dan meja tersusun rapi
Begitu juga tiang serambi
Mimbar tersergam indah menawan
Juga di dinding indah hiasan
Sinki tempat membasuh tangan
Pintu dewan yang penuh ukiran
Mari mengunjung rakan dan taulan
Tempat rupawan Masjid Al-Ghufran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment