Sunday, December 27, 2009

Gerai sana, gerai sini...


Kotaraya Kuala Lumpur adalah sememangnya sebuah pusat aktiviti ekonomi negara Malaysia. Pelbagai perniagaan ada dijalankan di sini, tidak kira yang kecil, mahupun yang besar. Peniaga kecil-kecilan bersepah di pelusuk bandaraya. Ada yang berniaga di kaki lima, ada yang berniaga di pasar malam, pasar tani, bazar Ramadhan dan merata-merata lagi. Bak kata orang, di bumi bertuah ini, tak mungkin seseorang itu akan mati kebuluran. Selagi ada nyawa di badan selagi ada tulang empat kerat, selagi ada usaha, rezeki pastinya boleh diperolehi.

No comments:

Post a Comment